::::2009 meninggalkan kte datang nya 2010::::

Assalamualaikum,

Tiba kini tahun 2010....

Permulaan tahun ini bermula dengan gembiranya...
kerana aku di tawarkan bekerja di Universiti Sains Malaysia (USM) pulau pinang di fakulti Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)...
hubby ku juga bekerja disini tp di fakulti yang berbeza....
berita ini amat mengembirakan ku kerna tujuan utama aku adalah ingin membantu hubby ku dari segi kewanggan keluarga...
memandangkan agak lama juga dia menyara kami sekeluarga tanpa aku membantu nya...
so sekarang aku sudah dapat memberi sedikit keselesaan dalam keluarga kami...& dalam pada masa yang sama aku ada duit sendiri & aku boleh SHOPPPIINNGGG!!! yeyeyeye...hihihih..

aku menerima jawatan ini dalam masa yang amat singkat...so itu membuatkan aku dan hubby terpaksa berusaha pula untuk mencari nursery untuk farisya....kami tidak mengenali lagi org persendirian yang boleh menjaga bby...
so aku lebih berminat untuk hantar anakku ku ke nursery...kerna bagi ku..kelengkapan disitu mencukupi, orang (pekerja) disitu adalah terlatih dan faham bagaimana menangani kanak....
aku berharap dapatlah menghantar farisya ke nursery yang bersesuaian...yang menjaga keselamatan kanak terutamanya.....

seharian aku bersama hubby pusing di kawasan tedekat rumah & USM untuk mencari nursery farisya...di USM ada menyediakan nursery untuk staff..tapi perlu di booking dahulu sebelum mengahantar anak kesitu....memandangkan kami agak rushing so tak dapatlah peluang itu...
setelah terjumpa tempat yg di tuju..kami berjumpa dengan pengusaha nursery terbabit....alhamdulillah aku tgk keadaan disitu agak teratur, kemas dan yang paling penting mereka menekankan ciri2 islamic....

setetah bersetuju kami perlulah membayar deposit & sebagainya....hhurmmm........mmg agak berat jugak lah pada kami..kerna terpaksa mencari wang yang agak banyak untuk semua ini....
semuanya daripada duit hubby ku..kerna aku masih belum ada wang sendiri untuk membantu...
alhamdulillah allah maha mengetahui kehandak & kesusahan umatnya...kami diberi rezeki untuk semua itu.......


HARI PERTAMA DI OPIS & HARI PERTAMA FARSIYA DI NURSERY

Hari pertama aku menghantar farsiya ke nursery waktu itu dia berusia 5 bln.....agak berat bagi ku untuk meninggalkannya..naluriseorang ibu tidak sanguup berjauhan dgn anak nya...begitu juga hubby ku..tidak sanggup rasanya membiarkan anak tersayang di dalam jagaan orang lain...
tapi kami harus redha dgn semua ini....kami nampak kesedihan di air muka farsiya..sayu rasanya untuk meniggalkan nya...

kepada anakku farisya nadhirah....semua ini mummy & dady buat untuk keselesaan farisya..mumy & dady harap farsiya dapat mngerti...

Walaupon aku berada di opis untuk tetapi fikiranku masih melayang teringatkan anakanda di nursery...setiap detik & waktu ku tunggu untuk pulang dan mengambil anak ku...
sebelum ini aku belum pernah lagi berjauhan dengannya walaupon sesaat lamanya...
8 jam aku diopis rasakan begitu lama masa berlalu......

Alhamdulilah semua nya berjalan dengan lancar,,,walaupun kata pengasuh disitu farisya menangis seharian sehingga tertidur...kerna penat menangis....disebabkan dia tidak biasa lagi dalam jagaan orang lain....
kubisikkan di telingganya...supaya dia menjadi anak yang baik...jangan menangis...semua ini kami lakukan demi farsiya walaupon terpaksa dijaga oleh orang lain...

Comments

Popular posts from this blog

Supprise Shopping :)

Tanjung Asam Penang

permintaan hubby ku :)